Bekas Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter dan Presiden UEFA, Michel Platini bebas dari tuduhan rasuah oleh mahkamah Switzerland pada Jumaat.<br /><br />Salah seorang hakim memberitahu, wujud keraguan munasabah berkenaan pemilikan wang 2 juta Franc Swiss atau RM9.06 juta berkenaan kerja perundingan bersama FIFA.
